Friday, 27 September 2013

Takdir Itu

    
   
“Engkau ke mana Melati? Sudah senja baru pulang?” Mek Nab mula bersuara bila melihat anak bongsunya menyandarkan basikal di tiang rumah. ‘apalah nasib hidupmu, jika perangai kau begini’ suara hati Mek Nab. Pening kepalanya memikirkan anaknya,Melati. Bagi Mek Nab,Melati tidak sama dengan kakaknya. Anak sulongnya memiliki peribadi yang baik. Tidak pernah melawan kata ibu bapa. Meskipun begitu,Mek Nab tidak pernah membezakan mereka.
“Engkau dengar tak,Melati?” Suara Mek Nab lagi. “bising sajalah mak ni! Keluar sekejap pun tak boleh !” Melati menjawab lalu menghempas pintu biliknya. Mek Nab terasa hiba melihat kelakuan anak bongsunya itu. Terasa dirinya tidak dihormati bahkan tidak berguna. Sering air matanya menitis. Hati tua Mek Nab tiba-tiba beralun perlahan-lahan teringat akan suaminya. Pak Darus telah meninggal dunia akibat lemas ketika menangkap ikan di laut kira-kira tiga tahun yang lalu. Dulu,mereka sekeluarga hidup bahagia. Saban waktu keluarga itu dihiasi dengan gelak ketawa. Namun sekarang perangai Melati semakin hari semakin liar. Terikut dengan temannya. Tambahan pula dia tidak dapat menerima kenyataan tentang kematian ayahnya.
            “Emak buat apa di sini?” tegur Melor. Teguran itu melenyapkan lamunan Mek Nab. Ibu tua itu tersenyum melihat Melor. Melor yang baru saja pulang membasuh baju, duduk di pangkin sambil mengesat peluh di muka. “apa yang difikirkan mak? dari jalan sana lagi Melor lihat emak di sini.” Soal Melor. “emak hanya mengambil angin. Banyak upah yang kau dapat,Melor?” Mek Nab cuba menutup rasa hati. Sambil tersenyum Melor menjawab “Alhamdullilah mak,boleh kita merasa lauk enak. Sudah lama Melati ingin makan makanan enak .” Memikirkan hanya Melatilah satu-satu adiknya, Melor sanggup membanting tulang untuk memenuhi keinginan adik tersayang. Bagi Melor, Melati dan emaknyalah kehidupan dia sekarang. Meskipun dia terpaksa berkorban buat Melor, namun dia rela. Tidak pernah sekalipun Melor bersungut. “Melati mana emak? Sudah pulangkah dia?” Tanya Melor sambil mencari-cari kelibat Melati di belakang rumah. ‘Biasanya Melati berada di bawah pohon ru mengambil angin petang’ fikir Melati. “Sudah nak, di dalam bilik agaknya.” Terkumat kamit mulut Mek Nab sambil tangannya ligat mengambil batok untuk membasuh kakinya. “ayuh ke dalam Melor,sudah lewat ni.”
            Selesai saja menunaikan kewajipan kepada yang Maha Esa, Melor bergegas ke dapur untuk menghidang makanan di atas lantai yang beralaskan surat khabar lama. “Melati, mak, ayuh makan.” Melor memanggil emak dan adiknya sambil tangan ligat menyenduk nasi. “kak, aku perlukan wang.” Melati bersuara. “kau perlu wang untuk apa?”  Tanya Melor. “Yuran sekolah masih belum lunas ya?” Mek Nab pula mencelah. “bukan ! aku mau ke jeram linang dengan kawan-kawan sekolah bulan depan.” Jawab Melati seakan tidak puas hati dengan soalan Melor dan ibunya. ‘Banyak soal pula orang tua ni’ hati Melati berbisik. “baiklah adikku,akan kakak usahakan. Jangan risau ya.”
            Pagi-pagi lagi Melor sudah bangun. Usai subuh,langkahnya diatur rapi dari rumah ke rumah. Dibawa bersama bakul yang berisi nasi lemaknya itu. Dijajanya dari hulu ke hilir. Dari hilir ke hulu. Kedinginan pagi serta keletihan yang terus-terusan menyengat di setiap sendi langsung tidak dihiraukan. Rasa itu seakan hilang tiap kali terbayang wajah Melati yang tersenyum riang. Usai kerja itu, Melor meneruskan pula kerja mengambil upah mencuci baju seperti hari-hari sebelumnya. Begitulah rutin Melor sejak kebelakangan ini.
            “Emak . Wang yang Melor kumpul sudah cukup untuk Melati.” Melor bersuara dalam suasana malam yang hanya diterangi kerlipan bintang dan bulan itu. “Pasti Melati gembira mendengarnya. Maafkan emak.” jawab ibunya dengan wajah yang mendung. “Kenapa mak ? kenapa minta maaf dengan Melor?” soal Melor kehairanan. “Mak tidak mampu membanting tulang untuk menyara keluarga kita. Sepatutnya dengan usiamu ini nak, kamu masih belajar.” bicara Mek Nab hiba. “Tak mengapa mak. Biar Melor yang menyara hidup kita sekeluarga. Emak juga sering sakit-sakit. Mak jangan risau ya.” Jawab Melor. Cuba menyedapkan hati ibunya. ‘Benar mak. Tak mengapa. Asal emak dan Melati bahagia.’ Hati kecil Melor berkata. Bagi Melor,sudah cukup banyak pengorbanan yang ibunya lakukan. Menjaga dia dari kecil hingga dewasa seperti ini. Kedut di wajah ibunya sudah cukup menyedarkan Melor bahawa ibunya sudah tua dan seharusnya berehat saja. “Emak, Melor mahu ke pekan besok.” Teringat Melor akan susunan aktivitinya esok. “Buat apa ke pekan,Melor?” Pelik Mek Nab. Jarang sekali anak gadisnya itu keluar ke pekan. Melor hanya melemparkan senyuman manis buat Mek Nab lalu bangkit ke pembaringan.
            Sarapan pagi serta makan tengahari telah disiapkan oleh Melor memandangkan dia akan keluar ke pekan hari ini. ‘Masih awal’ detik hati Melor. Di Kesempatan waktu yang ada,Melor melangkah perlahan-lahan untuk menjenguk Melati yang masih enak dibuai mimpi. “dik,aku sayang kau. Jaga diri baik-baik ya. Jangan susahkan mak. Aku ada kejutan untuk kau,tunggu ya!” Dahi Melati dicium. Jaga Melati sedikit terganggu dengan kehadiran Melor. Namun dibiarkan saja kata-kata itu berlalu bersama hayunan kaki Melor.
            Setelah beberapa minit berada di dalam bas,akhirnya Melor sampai di pekan Jelawat. Berpusu-pusu manusia di situ. Kakinya melangkah rapi dari kedai ke kedai. Matanya terpandang sepasang baju kurung berbunga kecil yang tergantung cantik. Lalu diambil baju itu. Ditiliknya beberapa saat. ‘sesuai untuk Melati’ hati Melor berlagu riang apabila dapat membeli sepasang baju kurung buat Melati. Sekeping kad dibeli oleh Melor dan dilekatkan bersama dengan bungkusan yang dibalut indah itu.
            Dummmmm! Dentuman itu meresahkan hati Mek Nab. ‘ke mana kau Melor,hari sudah mau hujan’. Keresahan hati seorang ibu jelas terpancar di raut tua itu. Ke hulu ke hilir Mek Nab berjalan. Rungsing dia memikirkan anaknya yang belum pulang. “Melati! kemanalah kakak kau pergi.” “emak. Boleh kau diam?” Pening Melati melihat gelagat ibunya itu. “bagaimana aku bisa diam Melati . Kakak kau belum pulang.” Awan mendung berarak perlahan menutupi ruang langit. Petir dan guruh silih berganti. Hati tua Mek Nab terasa tidak enak. “Mak . Melor sudah besar. Pandailah dia menjaga diri!” kuat suara Melati memarahi ibunya. Sedang rintik-rintik hujan mulai turun,tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan perlahan-lahan memasuki perkarangan rumah mereka. “pasti kakak kau itu Melati.” bergegas Mek Nab keluar. Selangkah dua langkah menghayunkan kaki, tiba-tiba tubuh Mek Nab melayang dan seakan berada di awang-awangan. Melati turut keluar apabila tidak mendengar suara emaknya. “kakak!” jerit Melati sekuatnya. Namun dia tahu,jeritan itu sudah tidak mampu untuk menyedarkan sekujur tubuh yang kaku dengan darah pekat mengalir tanpa henti dari kepala. Dipeluk. Dicium. Digoncangnya tubuh Melor. Diambil bungkusan yang berada di tepi Melor. ‘Melati,maafkan kakak. Hanya ini saja yang mampu kakak berikan kepadamu dik. Pakailah baju ini. Jaga mak dan diri kau baik-baik’ Sayu hati Melati bila mengingatkan pesanan Melor pagi itu.
            Kemboja putih yang jatuh ke riba gadis berbaju kurung bunga kecil itu telah menyedarkan dia dari lamunan yang panjang. Peristiwa yang berlalu kira-kira tiga tahun yang lalu itu masih segar dalam ingatannya. Peristiwa itu juga yang telah mengubah dirinya menjadi seorang yang penyayang dan menghargai orang sekeliling. Diusapnya batu nisan itu. ‘tenanglah kau disana kak’ “ayuh kita pulang mak.” ajak Melati.
           


Wednesday, 17 July 2013

Result Sem 2

Alhamdullilah . Alhamdullilah . Alhamdullilah .
Syukur Ya Allah .. Syukur saaaaaaaaaaaaangaattt sangatt .
Trima Kasih kerna kau lemparkan secebis kjayaan ini untuk hamba .
mmg xsngka dpt result tinggi cenggini . aku ase , aku xbersngguh sungguh pun .
mungkin dah rezki .
namun ... aku runsinggg .
bla aku meniti kejayaan , thts mean aku jga akn jtuh bersma kgagalan . Law pun bkan rini , mungkin esk . mungkin lusa or mungkn bla2 jeaa :(
idup mcm roda , xmungkn slamanye aku akn brada dlam kjayaan .
Ya Allah ,, tetapkan yg terbaek untk hamba .
berilah aku dan kawan-kawanku setinggi tinggi kjayaan . Amin .

#Mak aiiii , da lewt !

Saturday, 13 July 2013

Pagi - Pagi .

Assalamualaikum . hari nie hari keempat suda kita semua semua semua berpuase .. pagi pagi pagi hari nie xmau plak mentidurkan diri . pelikkk pulak . so ,alang alang internet ley guna lg apaaaaaaaaaaa lg mengupdate ler aka mlepaskan gian . aku slalu memanfaatkan pakcik google nie . mmg tebiatttttttttt suka mensearch pic pic yg cute gitu . bila duk search search search search to , then i found ths pictre . for me , ths is so cute . #semputttttt .

alaaaaa tomeyyy - tomeyy .


Alohhhhh cutee molekksss .
comeyy jer baju nie .
kalau aku mmg spesis bby lagi , mau nye g cari nie .
krikkkk3 .
#tp nape mesti marine engineer ????
HARHARHAR
Tuhan sajaaaaa yg tau , !*&^%$#

( slamat hari raya )



Friday, 12 July 2013

Kedahagaan

Da berbulan-bulan aku menyepi tanpa menghiraukan kau encik blog yg aku syngi dan cintai . Maafkan daku . krikk3 , bukan niatku untk mengabaikan mu sygggg . Tp tp tp daku lupa paswodddd , uhukkk3 . Tetiba rini bley plak ehhh . Sudah ditakdirkan kot ..

Okenggggg , bnyak sngat swet moment yg aku da create untk taun 2013 . Namun xlupa jgk moment yg bley menyentap tangkai hati jantung psang hempedu kambing limpa lembu dan blaaaa3 . Aku g lwatan ngan kwan2 . Mandi bagai , siap jatuh pelampung jatuh cinta bagai !@#$^& .

Xlupa gak MUET spekingg , tgn sjuk mcm ai batu . da kuar blik to , ase cnfuse ttba . aku speking english k tamil . harhar . Then smbut bufdy maa . 1st tme smbut bufdy ma dgn kek n surprse , slalu cuma mmpu wish je :( sory mum . xde niat na buad mum trase ati , cuma dulu2 to duit xde . Sigghhhh !@#$ okenggg , now epy tgk ma sporting cenggini . xcam dulu slalu ne mara2 ngn ma n blaaaaa3 . Smoga tuhan pnjangkan umur . murah rezki . redha ngan semua pkerjaan ma buad . just to say tht i love u soooo much .

And yg pling3 best da puase pun .. yeeaaayyyy ! jap g raye plakk . Tp ase xbest jea raye taun nie . bcoz bcoz bcoz bcoz , emmmmmmm . na exam daaaaa . uwekk2 . And yg pling aku xpuas ati !!!!!! duit raye taun nie conpom kurenggg . cissshhh , ketidakadilan btul lahh . bdak2 mne bley pgang duit bnyak2 , nanti ne rompk n so on . so .......................... kna bg org bsar lah #aku besr k ?? hoho .

#xsbrnabuadbiskutraye ^^,V

Waaaaaaaaaaaaaaaa !!

Macam xpercaya lah plak kannnnnnn .. ehikk ehikk ehikk . Akhirnyaaaaa , finally , bley jgk sign in blog . Lama na !@#$%^& xupdte blog :))))


Saturday, 6 April 2013

Saya Strong !

Malam ni bertemankan blog dan juga bintang - bintang . Dongak atas , xde yg laen aku cari slain dari bintang . Ya Allah , betapa agungnya ciptaanMu . Aku bersyukur dengan penglihatan yang ada .. Bisa melihat keindahan yang Engkau ciptakan . Alhamdullilah .. Ya Allah , izinkan hambamu menjadi seperti bintang - bintang itu ... menyinari kehidupan setiap insan yang aku sayangi . Meskipun diri ini tdak mampu untk mberi kesenangan dgn wang tp biarlah aku ttap ad d hati mereka .

Sayu jea hati mlm nimx .. Dear Allah , please make me strong !


 Dear God , u know wht happen to me . u know wht i feel . u  know my weakness . u also know my strengths . God , i feel very down rite now . please help me to adapt this situation with patienly . I'm not sure i will be a succesful person or not . but i alwys pray for tht . i wnt to make mum n dad happy . i wnt to redeem my mstke . Mum n dad , i wnt to be a gud child for u . dn't ever n ever forget to pray for me ,,mum n dad :)


I know u r there Allah .
I know u see my tears .
I know u hear my prayes .
I know u r testing me .
and all i ask from u  is
STRENGTHEN MY IMAAN
so i can handle 
THE STRUGGLES IN MY LIFE
and 
HAVE PATIENCE .



Saturday, 30 March 2013

Aku busuk ??

yaleeeee . yaleeeee . yaleeeee . puuhhhhh , puhhhhh , puhhhhh .
ohseyyymen !! sudah penuh debu habuk kekotoran dan seangkatan dgn nye .
cuci lah dgn menggunakan vanish ! * okenggg . okenggg . nampaklah tiada kemotifan terhadap ayt di ats . kreeeeekkkk .

Hari apokah ini ??? awat laaaa lagu nie !! haishermen ..
oh hati , oh perut , oh jiwa , oh usus , oh mulut . mengapa ? dan mengapa ? dan mengapa ?
KEEEEENAPA KAHHHH ?!?!?!?!?! uwaaaaaa * bley x gambarkan betapa sodiss nye beta ini .
sudah lama , ku mengimpikan ..... cool blog sepertimu .. namun , mungkin blum jdoh kita .
uwaaaaa . teringin skali buu . pingin minum ini . yahhhh , yahhhh , yahhhh .
lgi hangin bila baucer buku yg ku simpan dan perammmmm begitu lama tdak bisa digunakan . oiiiicooooyaaa
if kbm cuma terletak di blakang jamban rumah gua , yaaa enggak papa . maslah yg mlanda jiwa raga puyuk blanga ialah kbm nun disanaaaaa . mau nyampekk ke sana yaaa , susa juga lah . waduh2 . gi mana sih .
gua udahhh .............. yaaaaa , kempunan juga gituh . ibarat sudah jatuh ditimpa tangga lagik . #eh , apakah kaitan nye kah ? haha. juga enggak punya kaitan ama tajuk di atas . sekian,As'salam ~ winkwink