“Engkau ke mana Melati? Sudah senja baru pulang?” Mek Nab mula bersuara bila melihat anak bongsunya menyandarkan basikal di tiang rumah. ‘apalah nasib hidupmu, jika perangai kau begini’ suara hati Mek Nab. Pening kepalanya memikirkan anaknya,Melati. Bagi Mek Nab,Melati tidak sama dengan kakaknya. Anak sulongnya memiliki peribadi yang baik. Tidak pernah melawan kata ibu bapa. Meskipun begitu,Mek Nab tidak pernah membezakan mereka.
“Engkau
dengar tak,Melati?” Suara Mek Nab lagi. “bising sajalah mak ni! Keluar sekejap
pun tak boleh !” Melati menjawab lalu menghempas pintu biliknya. Mek Nab terasa
hiba melihat kelakuan anak bongsunya itu. Terasa dirinya tidak dihormati bahkan
tidak berguna. Sering air matanya menitis. Hati tua Mek Nab tiba-tiba beralun
perlahan-lahan teringat akan suaminya. Pak Darus telah meninggal dunia akibat
lemas ketika menangkap ikan di laut kira-kira tiga tahun yang lalu. Dulu,mereka
sekeluarga hidup bahagia. Saban waktu keluarga itu dihiasi dengan gelak ketawa.
Namun sekarang perangai Melati semakin hari semakin liar. Terikut dengan
temannya. Tambahan pula dia tidak dapat menerima kenyataan tentang kematian
ayahnya.
“Emak buat apa di sini?” tegur
Melor. Teguran itu melenyapkan lamunan Mek Nab. Ibu tua itu tersenyum melihat Melor.
Melor yang baru saja pulang membasuh baju, duduk di pangkin sambil mengesat
peluh di muka. “apa yang difikirkan mak? dari jalan sana lagi Melor lihat emak
di sini.” Soal Melor. “emak hanya mengambil angin. Banyak upah yang kau
dapat,Melor?” Mek Nab cuba menutup rasa hati. Sambil tersenyum Melor menjawab
“Alhamdullilah mak,boleh kita merasa lauk enak. Sudah lama Melati ingin makan
makanan enak .” Memikirkan hanya Melatilah satu-satu adiknya, Melor sanggup
membanting tulang untuk memenuhi keinginan adik tersayang. Bagi Melor, Melati
dan emaknyalah kehidupan dia sekarang. Meskipun dia terpaksa berkorban buat
Melor, namun dia rela. Tidak pernah sekalipun Melor bersungut. “Melati mana
emak? Sudah pulangkah dia?” Tanya Melor sambil mencari-cari kelibat Melati di
belakang rumah. ‘Biasanya Melati berada di bawah pohon ru mengambil angin
petang’ fikir Melati. “Sudah nak, di dalam bilik agaknya.” Terkumat kamit mulut
Mek Nab sambil tangannya ligat mengambil batok untuk membasuh kakinya. “ayuh ke
dalam Melor,sudah lewat ni.”
Selesai saja menunaikan kewajipan
kepada yang Maha Esa, Melor bergegas ke dapur untuk menghidang makanan di atas
lantai yang beralaskan surat khabar lama. “Melati, mak, ayuh makan.” Melor
memanggil emak dan adiknya sambil tangan ligat menyenduk nasi. “kak, aku
perlukan wang.” Melati bersuara. “kau perlu wang untuk apa?” Tanya Melor. “Yuran sekolah masih belum lunas
ya?” Mek Nab pula mencelah. “bukan ! aku mau ke jeram linang dengan kawan-kawan
sekolah bulan depan.” Jawab Melati seakan tidak puas hati dengan soalan Melor
dan ibunya. ‘Banyak soal pula orang tua ni’ hati Melati berbisik. “baiklah
adikku,akan kakak usahakan. Jangan risau ya.”
Pagi-pagi lagi Melor sudah bangun.
Usai subuh,langkahnya diatur rapi dari rumah ke rumah. Dibawa bersama bakul
yang berisi nasi lemaknya itu. Dijajanya dari hulu ke hilir. Dari hilir ke
hulu. Kedinginan pagi serta keletihan yang terus-terusan menyengat di setiap
sendi langsung tidak dihiraukan. Rasa itu seakan hilang tiap kali terbayang
wajah Melati yang tersenyum riang. Usai kerja itu, Melor meneruskan pula kerja
mengambil upah mencuci baju seperti hari-hari sebelumnya. Begitulah rutin Melor
sejak kebelakangan ini.
“Emak . Wang yang Melor kumpul sudah
cukup untuk Melati.” Melor bersuara dalam suasana malam yang hanya diterangi
kerlipan bintang dan bulan itu. “Pasti Melati gembira mendengarnya. Maafkan
emak.” jawab ibunya dengan wajah yang mendung. “Kenapa mak ? kenapa minta maaf
dengan Melor?” soal Melor kehairanan. “Mak tidak mampu membanting tulang untuk
menyara keluarga kita. Sepatutnya dengan usiamu ini nak, kamu masih belajar.”
bicara Mek Nab hiba. “Tak mengapa mak. Biar Melor yang menyara hidup kita
sekeluarga. Emak juga sering sakit-sakit. Mak jangan risau ya.” Jawab Melor.
Cuba menyedapkan hati ibunya. ‘Benar mak. Tak mengapa. Asal emak dan Melati
bahagia.’ Hati kecil Melor berkata. Bagi Melor,sudah cukup banyak pengorbanan
yang ibunya lakukan. Menjaga dia dari kecil hingga dewasa seperti ini. Kedut di
wajah ibunya sudah cukup menyedarkan Melor bahawa ibunya sudah tua dan
seharusnya berehat saja. “Emak, Melor mahu ke pekan besok.” Teringat Melor akan
susunan aktivitinya esok. “Buat apa ke pekan,Melor?” Pelik Mek Nab. Jarang
sekali anak gadisnya itu keluar ke pekan. Melor hanya melemparkan senyuman
manis buat Mek Nab lalu bangkit ke pembaringan.
Sarapan pagi serta makan tengahari
telah disiapkan oleh Melor memandangkan dia akan keluar ke pekan hari ini.
‘Masih awal’ detik hati Melor. Di Kesempatan waktu yang ada,Melor melangkah
perlahan-lahan untuk menjenguk Melati yang masih enak dibuai mimpi. “dik,aku
sayang kau. Jaga diri baik-baik ya. Jangan susahkan mak. Aku ada kejutan untuk
kau,tunggu ya!” Dahi Melati dicium. Jaga Melati sedikit terganggu dengan
kehadiran Melor. Namun dibiarkan saja kata-kata itu berlalu bersama hayunan
kaki Melor.
Setelah beberapa minit berada di
dalam bas,akhirnya Melor sampai di pekan Jelawat. Berpusu-pusu manusia di situ.
Kakinya melangkah rapi dari kedai ke kedai. Matanya terpandang sepasang baju
kurung berbunga kecil yang tergantung cantik. Lalu diambil baju itu. Ditiliknya
beberapa saat. ‘sesuai untuk Melati’ hati Melor berlagu riang apabila dapat
membeli sepasang baju kurung buat Melati. Sekeping kad dibeli oleh Melor dan
dilekatkan bersama dengan bungkusan yang dibalut indah itu.
Dummmmm! Dentuman itu meresahkan
hati Mek Nab. ‘ke mana kau Melor,hari sudah mau hujan’. Keresahan hati seorang
ibu jelas terpancar di raut tua itu. Ke hulu ke hilir Mek Nab berjalan.
Rungsing dia memikirkan anaknya yang belum pulang. “Melati! kemanalah kakak kau
pergi.” “emak. Boleh kau diam?” Pening Melati melihat gelagat ibunya itu.
“bagaimana aku bisa diam Melati . Kakak kau belum pulang.” Awan mendung berarak
perlahan menutupi ruang langit. Petir dan guruh silih berganti. Hati tua Mek
Nab terasa tidak enak. “Mak . Melor sudah besar. Pandailah dia menjaga diri!”
kuat suara Melati memarahi ibunya. Sedang rintik-rintik hujan mulai
turun,tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan perlahan-lahan memasuki perkarangan
rumah mereka. “pasti kakak kau itu Melati.” bergegas Mek Nab keluar. Selangkah
dua langkah menghayunkan kaki, tiba-tiba tubuh Mek Nab melayang dan seakan
berada di awang-awangan. Melati turut keluar apabila tidak mendengar suara
emaknya. “kakak!” jerit Melati sekuatnya. Namun dia tahu,jeritan itu sudah
tidak mampu untuk menyedarkan sekujur tubuh yang kaku dengan darah pekat
mengalir tanpa henti dari kepala. Dipeluk. Dicium. Digoncangnya tubuh Melor.
Diambil bungkusan yang berada di tepi Melor. ‘Melati,maafkan kakak. Hanya ini
saja yang mampu kakak berikan kepadamu dik. Pakailah baju ini. Jaga mak dan
diri kau baik-baik’ Sayu hati Melati bila mengingatkan pesanan Melor pagi itu.
Kemboja putih yang jatuh ke riba
gadis berbaju kurung bunga kecil itu telah menyedarkan dia dari lamunan yang
panjang. Peristiwa yang berlalu kira-kira tiga tahun yang lalu itu masih segar
dalam ingatannya. Peristiwa itu juga yang telah mengubah dirinya menjadi
seorang yang penyayang dan menghargai orang sekeliling. Diusapnya batu nisan
itu. ‘tenanglah kau disana kak’ “ayuh kita pulang mak.” ajak Melati.


